KESIHATAN DAN PERPADUAN
KESIHATAN DAN PERPADUAN
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah
satu tahap atau keadaan dimana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan
yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas
dari penyakit atau tidak berdaya. Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik
yang sentiasa berubah serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan,
sikap, amaln yang seimbang dan berterusan.
Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan
nilai Bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang unik kerana kepelbagaiannya yang
bukan sahaja berbeza dari segi etnik malahan aspek ekonomi, kebudayaan dan
agama. Ianya adalah mustahil untuk sesebuah etnik menjadi yang lain, maka
struktur ekonomi budaya perlu dijadikan pemangkin dalam usaha mencapai
perpaduan.
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan apabila seluruh
masyarakat yang berbilang kaum dapat bersatu padu dalam membantu petugas
barisan hadapan untuk menangani wabak COVID-19. Sebagai contoh, masyarakat
dapat mendengar arahan yang dikeluarkan daripada pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk mengkuarantinkan diri di rumah masing-masing dan sentiasa
menjaga penjarakkan sosial bagi mengelakkan penyebaran wabak. Seperti yang
sudah kita sedia maklum, wabak COVID-19 sedang melanda di serata dunia pada
Ketika ini. Hal ini dapat dilihat sebagai satu rahmat yang membantu memantapkan
lagi konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Membudayakan semangat 1Malaysia untuk memperkukuh
kesepaduan sosial dan perpaduan nasional
Konsep 1Malaysia berasaskan aspirasi untuk membangunkan
masyarakat Malaysia yang harmoni, progresif dan bersatu padu berdasarkan
prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini menekankan
kepentingan persefahaman, hormat-menghormati dan menerima kepelbagaian yang
wujud dalam masyarakat berbilang kaum. Di samping itu, konsep ini menekankan
nilai perkongsian identity kebangsaan berasaskan kepada komitmen yang sama
untuk membina negara maju dan makmur.
Pengukuhan integrasi adalah asas utama memupuk kesepaduan
sosial dan perpaduan nasional. Dalam RMKe-11, pengukuhan ini boleh dicapai
melalui pengurangan polarisasi dan ketidaksamaan sosioekonomi merentasi wilayah
dan kumpulan etnik. Kerajaan juga menyedari bahawa proses integrasi memerlukan
pendedahan dan interaksi dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan
persefahaman dah penghargaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia. Dalam
tempoh RMKe-11, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh program
dan platform untuk interaksi, penglibatan dan Kerjasama yang lebih besar dalam
kalangan masyarakat yang pelbagai.
Selain kesepaduan sosial dan perpaduan negara, kerajaan juga
berazam untuk membina masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya selaras
dengan aspirasi Wawasan 2020. Dalam tempoh RMKe-11, kerajaan akan meningkatkan
Kerjasama dengan semua pihak berkepentingan, terutama institusi berasaskan
masyarakat dan agama untuk memupuk rasa tanggungjawab bagi membina masyarakat
yang beretika dan bermoral tinggi. Gabungan matlamat masyarakat yang bespadu,
bersatu dan beretika akan dapat dicapai melalui dua strategi:
Strategi E1: Menggalakkan integrasi sosial dan etika
untuk memupuk masyarakat yang bersatu dalam bermoral.
-Strategi ini bukan sahaja akan melibatkan pewujudan
perkongsian pengalaman tetapi juga memperkukuh kaedah penerapan etika dan
bermoral ke dalam system Pendidikan. Perkongsia pengalaman seperti aktiviti
kesukarelawan, kesenian, kebudayaan, dan warisan akan meningkatkan persefahaman
dan menghargai kepelbagaian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Strategi E2: Menggiatkan penglibatan pihak berkepentingan
untuk membina rasa tanggungjawab bersama.
-Strategi ini akan dicapai dengan membbina kesedaran
tentang peranan setiap pihak berkepentingan iaitu kerajaan, sector swasta,
masyarakat dan individu. Semua perlu memainkan peranan dalam membna masyarakat
yang bertolak ansur dan penyayang.
Mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan
berkualiti
Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan
kiualiti hidup. Oleh itu, kerajaan terus komited utuk mencapai akses sejagat
kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan
usaha utuk menambah baik asas system kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan
mempunya akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti
pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan awam atau
swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui empat strategi iaitu:
-Meningkatkan sokongan yang bersasar, khususnya bagi
mastyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.
Inisiatif khusus termasuk perkhidmatan kesihatan bergerak,
penambahbaikkan pasukan kesihatan primer, dan penjagaan kesihatan di kediaman.
-Menambahbaik sistem penyampaian untuk outcome kesihatan
yang lebih baik.
Langkah yang akan diambil termasuk memperkenalkan amalan
pengurusan kejat di hospital awam untuk memastikan keupayaan sumber
dimanfaatkan sepenuhnya, dan penguatkuasaan peraturan kesihatan yang lebih baik
untuk meningkatkan ketelusan dan outcome kesihatan.
-Memperluas kapasiti bagi meningkatkan akses kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Inisiatif ini akan dilaksanakan termasuk pembangunan
kemudahan kesihatan baharu dan menaik taraf kemudahan sedia ada. Usaha ini juga
akan ditumpu untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan personel kesihatan.
-Mempergiat Kerjasama antara sector awam, swasta dan NGO
untuk meningkatkan kesedaran kesihatan.
Kerjasama ini akan merangkumi pelbagai inisiatif daripada
program kesihatan masyarakat dan pencegahan kepada usaha penyelidikan dan
pembangunan antara industri, universiti dan institusi pendidikan.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA
RAKYAT
-Keharmonian negara akan terjejas
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di
kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatakn di
dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat. Cotohnya, sepanjang
berlakunya penularan wabak COVID-19 ini, rakyat tidak mempunyai matlamat yang
sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan rangkaian wabak
tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari
semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan
malahan terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat
dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan
negara.
-Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, bertolak ansur
dan beretika
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral, bertolak
ansur dan beretika ini dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan persilisihan
faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik
kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada
pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitivity dalam diri sesetengah
rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi stok
darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut
jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapat sesetengah sifat rakyat
yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik
pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu
dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.
-Wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat
yang sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prikemanusiaan
demi kepentingan diri. Contohnya, sesetengah rakyat yang tidak memberikan
kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Pwrintah Kawalan Pergerakan
(PKP) semasa berlakunya wabak COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka
mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur
yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini
diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan sekaligus
meningkatkan bilanagn kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang
rapat apabila bertemu dengan kawan atau sebagainya.
-Aspek sosial
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi duahala yang
bai kantar masyarakat berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu
dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baim antara rakyat dan
kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan
seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di dalam sesebuah komuniti
yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai komunikasi yang kurang
baik sesame kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan sekaligus
menyukarkan kita untuk bersepadu Ketika melakukan perancangan aktiviti
sepanjang Bulan Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan
komunikasi duahala antara satu sama lain terutamanya Ketika merawat, melawat
dan melakukan pembedahan kepada pesakit.
-Ekonomi negara terjejas
System kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi
menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan
seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan
ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman uang diumumkan oleh Perdana Menteri
ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telak mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini
akan memberikan kesan yang mendalam kepada system ekonomi negara. Contoh yang
dapat dilihat ialah berlakunya peningkatan bilangan pengangguran, pengurusan
peniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak-anak muda yang
berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut. Oleh itu, kestabilan
ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan peranan yang besar dari
aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang aman dan harmoni.
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
-Dapat mengelakkan dari dijangkiti penyakit berbahaya.
-Dapat mencapai matlamat dengan lebih berkesan.
-Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa doctor.
-Kesihatan yang baik mampu membuatkan minda lebih terbuka
dalam melakukan perkara yang positif.
-Sentiasa bersa ceria dan dapat melakukan aktiviti harian
tanpa sebarang masalah.
-Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan
pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
-Kerajaan dapat menjimatkan kos dalam secktor perubatan dan
boleh menggunakan wang tersebut untuk pembangunan negara.
PANDEMIK COVID-19
Virus ini kebanyakkannya menular antara seseorang dengan
cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk
atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima
tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin sebelum negara muncul.
Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima
hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Gejala umum
termasuk demam, batuk dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang
paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin
atau rawatan antiviral tertentu. Usaha terdiri daripada penguranagn simtom dan
terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh
tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain
(terutamanya yang tidak sihat) dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14
hari untuk orang yang disyaki mereka dijangkiti.
Usaha untuk mncegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan,
kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan serta penutupan
kemudahan. Ini gtermasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara Itali,
Sepanyol, Perancis, Republik Czehh dan Jerman, langkah-langkah pengurungan di
China dan Korea Selatan, pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang
yang masuk, saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api dan nasihat
perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komutniti.
PERPADUAN PADA HARI
INI
Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia pada masa kini tanpa mengira
perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum
dan agama kekal utuh. Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee
Thye, berkata perkara itu hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang
bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
Berikutan itu, katanya, penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu. “Kita mampu menggapai impian jika kita bersatu padu selain mempunyai pelan jangka panjang yang baik serta berusaha dengan bersungguh-sungguh. Saya berharap kita dapat mempunyai lebih banyak detik-detik perpaduan seperti ini dan dapat mengekalkan semangat patriotisme dan perpaduan yang sama
CABARAN DALAM PERPADUAN
KEPENTINGAN PERPADUAN
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KESIMPULAN
Sekian sahaja
daripada kami. Semoga bermanfaat :)
Nama ahli kumpulan:
1. MUHAMMAD
HAIQAL HANAFI BIN ZAKARIA (14DHF20F2044)
2. SITI NURUL
SHAHEERA BINTI ZULKAFLI (14DHF20F2046)
3. NUR RYANABILAH
BINTI JANNURY (14DHF20F2047)
4. NUR AFIQAH BINTI ROSLI (14DHF20F2048)
5. QAYYIMAH BINTI AHMAD (14DHF20F2066)
Nama pensyarah:
ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
very informative !! terbaik 👍🏻
ReplyDeleteTerbaik!! info yg sgt berguna and berpengetahuan.👍👍
ReplyDeleteMaklumat yang sangat berguna ! Great job :)
ReplyDeleteTerbaik👍🏻
ReplyDelete